![]() |
| boikot mereka yang menyokong Yahudi! |
Kami mengambil lebuh raya untuk ke sana, memandangkan keperluan kami untuk berhenti di hentian R & R untuk menampal kalendar PAPISMA. Tiadalah kami melupakan tanggungjawab yang dipikulkan ke bahu kami, biarpun mungkin dilihat remeh oleh orang lain. Sekitar jam 10.00malam kami tiba di Hospital Tuanku Jaafar setelah sesat seketika untuk mencari arah. Adanya GPS tidak membantu, dek kerana ada jalan-jalan yang baru hendak dibina.
Hospital Tuanku Jaafar terletak nun di atas bukit, kami perlu mendaki bukit sebelum tiba di hospital berkenaan. Aku meletakkan kenderaan di tempat awam, sebelum bergegas ke Jabatan Kecemasan, dan menelefon Dr Haikal memaklumkan ketibaan kami. Aku mengambil kesempatan mengunjungi surau hospital untuk menunaikan solat sunat, dan mengambil kesempatan meletakkan satu kalendar PAPISMA di sana.
Aku masih menunggu-nunggu kelibat Dr Haikal. Aku berpandangan dirinya sebagai seorang doktor senior, tetapi ternyata andaianku itu silap sama sekali. Susuk tubuhnya dan raut wajahnya menampakkan dirinya sebagai seorang doktor muda. Dan ternyata, bila ditanyai lebih lanjut berkenaan dengan dirinya, Dr. Haikal adalah sama umurnya dengaku, malahan masih seorang HO! Aku berjabat tangan dengannya, dan selepas meminta izin untuk mengeluarkan duit daripada ATM berdekatan, dia mengajak aku dan akh Nik untuk keluar makan sementara tiada kerja baginya di hospital.
bersambung...

salam saudara.sy irwan, tujuan sy nk tanye sal kawan saudara, asyraf ezani kn?kalo x silap die tu kawan lame sy yg da lame sy cari..kalo saya silap, dia mungkin penah tinggal kat daerah setiu, trg suatu msa dulu.jika saudara t'baca komen nie, boleh tolong smpai msj ni kpd dye..contact sy 0199751970. tQ.
ReplyDeleteInsyaAllah sy akan sampaikan pesanan saudara padanya.
ReplyDelete