Monday, December 27, 2010

Hari Ketiga Kembara: majlis kesyukuran Ust. Khairul Hidayat

Sudah menjadi rutin kembara, berhenti di hentian-hentian sepanjang lebuhraya dan mula menampal kalendar-kalendar PAPISMA, sebagai satu sumbangan ikhlas daripada PAPISMA. Ia secara langsung dapat memperkenalkan PAPISMA pada mereka.

PAPISMA dan Masyarakat
Sudah acap kali juga aku, dan beberapa orang rakan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan PAPISMA, baik dalam khidmat kesihatan atau aktiviti khatan beramai-ramai. Keterlibatan PAPISMA dalam masyarakat memang tidak dinafikan, cuma tidak diperhebohkan sebagaimana NGO-NGO lain seperti MERCY. Ia lebih bersifat 'low-profile', mengutip kekuatan secara berdikit-dikit. Usaha memperkenalkan masyarakat pada PAPISMA diperhebatkan pada kembara kali ini.

Kereta meluncur menyelusuri lebuh raya Utara Selatan, menuju ke Melaka, lokasi majlis kesyukuran sahabat lamaku daripada UniMalaya, Ustaz Khairul Hidayat.

Ustaz Khairul Hidayat
Orang yang hebat ini punya tarbiyah yang cukup mantap. Kemampuan organisasinya juga bukan calang-calang. Pun begitu, beliau tidak pula meninggi diri, bahkan sangat 'humble' dan senang dirapati oleh sekelian masyarakat terutama golongan yang berumur lebih muda. Tidak hairan jikalau beliau diterima dengan baik oleh anak muridnya. Pun begitu, ketegasan beliau dalam memperjuangkan prinsip Islam yang hakiki tiada duanya. Fleksibiliti dirai namun tidak sesekali melampaui dan melangkaui prinsip dan asas Islam. Tarbiyah yang berbentuk fizikal tidak dinafikan kepentingannya, namun tiadalah sampai kepada menzalimi diri. Mungkin ramai yang memahami akan pernyataan yang aku utarakan ini. Beliau memperjuangkan tarbiyah yang bersifat lembut tetapi tegas. kefahaman lebih diutamakan, tetapi tiadalah membelakangkan prinsip ketegasan dalam berjuang.

Aku tidak pasti sejak bila kau mengenali beliau, tapi rasa-rasanya ketika aku melanjutkan tahun kedua pengajianku di Ipoh. Biarpun jauh daripada ibu kota Kuala Lumpur, namun keterikatan aku dengan beliau termetrai dalam hal-hal berhubung perjuangan. Banyak aku pelajari dari sudut organisasi, dan diskusi berhubung pengisian tarbiyah.

Indahnya Ukhuwwah
Kami tiba di majlis tersebut jam 4.30 petang. Selepas 'Asr, rombongan sahabat-sahabat seperjuangan tiba meraikan majlis yang sama. Kelihatan di celahan-celahan, Dr. Aini dan Dr. Syahida bersama-sama dengan mereka. Kedua-duanya adalah kenalan daripada kursus perubatan UniMalaya. Terasa bahang kemeriahan dan keindahan ukhuwwah di antara mereka. Biarpun masing-masing membawa hala tuju kerjaya dan tempat yang berbeza, tidaklah menjejaskan rasa keterikatan antara mereka. Begitulah bila ikatan ukhuwwah dibina atas dasar perjuangan. Susah senang bersama ketika kampus dahulu dalam meningkatkan biah solehah dan memastikan Islam  terus dilihat releven biarpun di mana jua dan di zaman apa sekalipun mengikat mereka semua. Tambahan ahli-ahli keluarga, dengan azam memastikan mereka juga berada dalam kelompok pejuang-pejuang masa hadapan menambahkan seri pertemuan petang itu. Ramai juga yang kukenali di kalangan mereka. Antaranya, Dzulkhairi yang tampak bersemangat seperti biasa...

Aku tidak melepaskan peluang bergambar dengan akh Khairul Hidayat. Moga-moga berkekalan bahagia hingga ke anak cucu...


bersama Ust Khairul Hidayat dengan zaujahnya. Barakallah!

bersambung....

Friday, December 24, 2010

Hari Ketiga Kembara: Bersiaran di Sekitar JB, :) (2)

Setelah agak puas berada dan memandang Singapura dari arah Johor, kami bergerak menuju ke Danga Bay.

Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid Sultan Abu Bakr

mimbar masjid yang unik. Gambarnya agak kelam, :(

ruang solat masjid

'close up' mimbar

Tidak berapa lama kemudiannya, memandangkan kami melalui arah ke masjid yang cukup bersejarah, Masjid Sultan Abu Bakar, makanya kami berhenti di sana buat sementara. Walaupun sudah agak lewat, kami masih sempat menunaikan solat Dhuha di masjid tersebut. Masjid ini mempunyai pemandangan ke arah Singapura dan Selat Tebrau yang terbentang luas. Dari senibinanya, ternyata masjid ini punya sejarah yang lama. Dari usianya setua 116 tahun, pastinya menyimpan sejarah yang cukup lama. Walaupun diambil daripada nama Sultan Abu Bakar yang mengarahkan pembinaannya, namun baginda sendiri tidak dapat melihat hasil pembinaannya kerana telah dipanggil mengadap Yang Maha Esa terlebih dahulu. Memasuki ruang solat masjid ini, aku teruja dengan senibina mimbarnya yang cukup unik...

Siapa Sultan Abu Bakar ni? Baginda adalah orang yang bertanggungjawab mengilhamkan nama Johor Bahru pada ibu negeri Johor ini. Malahan, baginda juga banyak berjasa dalam membangunkan Johor Bahru sebagai suatu kawasan yang maju dan teratur pengurusan dan pembangunannya. Kebijaksanaan sultan-sultan Johor dan penasihat-penasihatnya menyaksikan dalam sejarah, terpeliharanya kedaulatan kerajaan Johor dan pengiktirafan oleh British sendiri kepada kerajaan itu.

Bagi sesiapa yang masih ingat akan sejarah Malaysia yang dipelajari ketika Tingkatan 3, masjid ini menyaksikan kebangkitan orang Melayu di Johor menentang gagasan Malayan Union. Demonstrasi menentang gagasan tersebut diadakan berhadapan dengan masjid tersebut untuk membakar bendera Union Jack. (tak ada pula kena gas pemedih mata ketika ini atau ditangkap dan dipenjarakan, hehe...).

Antara Alam dan Pembangunan
Alam itu tersedia buat manusia merenung ciptaanNya. Sebesar atau seindah mana pun bangunan-bangunan milik manusia, tidak terlawan oleh ciptaan Yang Maha Agung. Malahan banyak ciptaan manusia itu terilham dari alam. Contohnya, kapal terbang diilhamkan daripada burung, kapal selam daripada paus dan kamera daripada mata manusia sendiri.

Setelah semenjak semalam melalui bandar-bandar, biarpun bangunan-bangunannya sangat mewah, cantik dan mempesonakan, tiadalah yang lebih menenangkan daripada melihat alam ciptaan Tuhan. Selepas masjid Sultan Abu Bakar, masa yang tersisa kami langsaikan dengan menghabiskan masa di Zoo Johor, yang berdekatan dengannya seterusnya ke Danga Bay.
Seladang-  lambang negeri Johor

'close up' Seladang - kelihatan sangat marah dan mahu menanduk penonton saja...

falmingo! burung yang boleh berdiri satu kaki...

Harimau Belang! lambang Malaysia terutamanya bagi skuad bola sepak negara (yang akan berhadapan dengan Indonesia dalam perlawanan final AFF Suzuki Cup)


Walaupun kecil dan padat, namun Zoo Johor tetap punya keunikannya yang tersendiri. Kebanyakan penjaga zoo sangat ramah dan mesra, malahan banyak binatang yang dibawa keluar semata-mata untuk menghibur tetamu-tetamu yang datang. Sekali imbas, tempat ini bukan tempat yang sesuai buat kami yang masih bujang dan tidak berkahwin. Kebanyakan pengunjung yang datang mempunyai keluarga dan kekasih, Sesekali, aku menjeling pasangan-pasangan muda yang bergentel sesama mereka, entah menghargai atau tidak binatang yang dilihat atau tidak. Mahu sahaja aku berikan mereka poster besar itu, atau lekat sahaja di dahi! Tidak tahu malu!

Antara alam dan pembangunan, hati manusia tetap mengarah pada alam. Jika tidak, tiadalah manusia itu bersusah payah mengumpulkan binatang-binatang liar itu di sini. Begitu juga di Danga Bay, perahu-perahu layar yang berlabuh itu tidak akan ada sekiranya tanpa alam. Bagiku, laut yang terbentang luas itulah tarikannya.

Laut dan binantang... bukankah kedua-duanya ciptaan Tuhan? Masihkah kita ini merasa ego dan besar diri semata-mata hanya mampu membina bangunan-bangunan pencakar langit?

1.15 petang, kami bertolak meninggalkan JB, menuju Melaka memenuhi undangan seorang sahabat lama yang aku kenali semenjak di kampus UniMalaya dulu....

Bersambung....

Thursday, December 23, 2010

Hari Ketiga Kembara: Bersiaran di Sekitar JB, :)

Perbincangan dengan Dr. Mazri semalam sangat positif. Kerungsingan kami dalam menampal poster di seluruh Johor dipadam dengan komitmen dari PAPISMA Johor, dengan persetujuan En Hud dan Dr Mazri untuk meminta kebenaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) demi menampal poster-poster di tempat-tempat yang strategik yang menjadi tumpuan para remaja terutamanya. Kami menyerahkan sepuluh poster pada En Hud, dengan cadangan untuk meng'edit' poster berkenaan untuk memberikan nafas baru yang lebih memberi kesan mereka yang melihatnya. Pun begitu, ia tidak menghalang kami untuk mencari tempat-tempat strategik di JB, dan berusaha menampal poster-poster berkenaan. Makanya, pagi hari ketiga, kami bercadang meronda JB dengan myvi WPD.

Hospital Sultan Ismail, JB
Hospital Sultan Ismail, JB... sebahagian sahaja, terlalu besar untuk dipotret secara keseluruhan, :)

Kami memerlukan sedikit masa untuk mengisi kembali energi yang semakin luput semenjak 2 hari sebelumnya. Aku juga mengambil kesempatan mengemaskini blog, yang baru ketika itu terfokus pada hari pertama kembara. (Kini sudah hari ke-4 post-kembara... terhenti di hari ketiga) Akh Fadhli meninggalkan kunci rumah sewanya pada kami, memandagkan dia perlu bekerja pada hari tersebut. Setelah merasa diri kembali energetik dan cukup bersedia secara mental untuk kembali membawa kenderaan, aku dan akh Nik menuju Hospital Sultan Ismail, tempat akh Fadhli bekerja.


Hospital yang tersergam indah ini, adalah salah sebuah daripada dua hospital besar di Johor Bahru yang menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai perubatan siswazah gred UD41. Sebuah lagi hospital adalah Hospital Sultanah Aminah. Kedua-duanya dibina untuk menampung keperluan perubatan penduduk JB yang seramai lebih kurang 700, 000 orang. Melalui jalan menuju ke wad ortopedik di mana akh bekerja, aku sangat mengagumi akan seni bina dan keluasan hospital ini. Tampaknya, sangat selesa buat pesakit. Hospital yang mesra pelanggan. (mesra HO? entah...)


Kami tiada masalah untuk menemuinya selepas mendapat kerjasama baik daripada kedua-dua puan pengawal keselamatan di pintu masuk wad-wad di tingkat 3 dan di pintu masuk ke wad ortopedik.Kami menemui akh di wad ortopedik, dengan gaya bersahajanya memakai seluar 'jeans' biru dan baju kemeja berkolar sedang melakukan 'round'. Dia sudah berpangkat 'HMO' atau dulunya bergelar MO jr. jadinya dia sudah memikul tanggungjawab seperti MO di wadnya. Aku menyerahkan kunci rumah kepadanya dan kembali turun ke bawah setelah berterima kasih kepada akh serta kedua-dua pengawal keselamatan. Kelihatannya, keselamatan hospital ini dijaga dengan baik, Setiap pergerakan pelawat diawasi dan hanya sesetengah pelawat sahaja dibenarkan masuk di luar waktu melawat hospital. Aku menjadi senang hati atas kerjasama dan rasa tanggungjawab keduanya. Tiadalah doktor merasa terganggu dengan pelawat-pelawat yang tidak berkenaan sewaktu sesi 'round'.


Sempadan Singapura-Malaysia
Selepas membeli belah di Jusco berdekatan; membeli roti dan air sebagai pengalas perut dan sehelai tuala (selepas tertinggal di rumah sahabat-sahabat UIA, huhu), kereta kami meluncur menuju ke tempat-tempat menarik sekitar JB. Dalam minda, tiada kerungsingan lantaran jaminan en Hud untuk menguruskan poster buat negeri Johor. Destinasi kami: Masjid Abu Bakar, Danga Bay. Dalam perjalanan, kami melalui JB Sentral yang sangat besar, rasanya lebih besar daripada KL Sentral! Kelihatan binaannya futuristik dan menempatkan stesen keretapi KTM dan stesen bas. Ia akan menggantikan terminal Larkin dan khabarnya LRT akan dihubungkan kepadanya sedikit waktu lagi.

Singapura... terlihat sangat dekat sekali


kenderaan bersesak ingin masuk ke Malaysia... (abaikan contengan, hehe)



Menyelusuri jalan menuju Danga Bay, aku melewati sempadan antara negara kita dan negara Singapura. Aku mengambil kesempatan bergambar di situ. Kelihatan jalan masuk dan keluar dari Malaysia ke Singapura begitu sibuk sekali. Kenderaan-kenderaan bersesak-sesak di jalanan, dan sepertinya tiada penghujung. Di sebelah sana, merentasi Selat Tebrau, adalah Singapura. Negara itu terkenal sebagai negara yang walaupun kecil punya ambisi yang cukup besar. Dengan ambisi tersebut, Singapura mengembangkan tanahnya hasil daripada tanah yang didapati dari dasar laut, negara jiran dan bukit-bukau. Maka tidak hairan jika menjelang 2030, keluasan Singapura boleh bertambah sebanyak 100 km2 lagi!


Sejarah Singapura
Pada mulanya, Singapura adalah salah satu negeri di dalam Malaysia. Namun, Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew pada tahun 1965 telah mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia ketika kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Lee Kuan Yew mempersoalkan kedudukan orang Melayu sebagai teraju kepimpinan negara dengan mengemukakan konsep 'Malaysian Malaysia'. Lee Kuan Yew mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39% manakala bukan Melayu adalah 51%, makanya melayakkannya menjadi Perdana Menteri. Demi mengelak daripada keadaan menjadi lebih panas dan tidak terkawal, Tunku mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. 


Kini, Singapura bergerak sendirian dengan hala tujunya yang tersendiri. Malahan, Singapura dianggap sebagai negara dunia pertama oleh sekutunya, Amerika Syarikat sedangkan Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara dunia ketiga... di mana silapnya???


bersambung...

Monday, December 20, 2010

Gambar-gambar Hari Pertama dan Kedua Kembara

myvi WPD yang digunakan untuk mengelilingi semenanjung kecuali Terengganu, yang menggunakan kelisa BJGku dengan warna baru...

Celcom Broadband yang menemani kembara, internet on the go!

laptop yang digunakan untuk menulis laporan dan mengemaskini blog, serangkai dengan broadband

2 kotak berisi kalendar PAPISMA di dalam but kereta

akh Nik menampal poster di hentian bas dan teksi di Kuala Berang, sementara aku asyik bersoal jawab dengan pak cik pemandu teksi, :)

di terminal bas Kuantan, tersedia papan kenyataan khas untuk poster-poster seperti ini

bersebelahan dengan poster anti-dadah di hujung sana

'touch up' terakhir

dari kiri: akh Abdullah, akh Mujahid, aku, akh Fikri dan Abe - bersama-sama sahabat-sahabat UIA makan malam selepas solat maghrib di masjid berdekatan

akh Nik mendengar dengan tekun perbualan kami

dari kiri: akh Nik, Dr. Fadzli Yazid, aku, akh Fikri, akh Abdullah semasa penyerahan kalendar PAPISMA

penampalan posteter di pondok telefon di Teluk Chempedak

entah bagaimana nasib poster ini?


pemandangan pagi di Teluk Chempedak

menghayati dan merasa angin bayu Teluk Chempedak



hasil kerja seorang penangkap gambar amatur, hehe

akh Nik menghirup angin bayu

menyelusuri jambatan, dengan pemandangan-pemandanga yang cukup mengujakan



batu-batan yang tersusun rapi, dengan ombak beralun menghempas


'kawasan secantik ini masih di'kotori' dengan najis maksiat...' getus hati kecilku memandang jauh ke laut yang luas terbentang



sekumpulan beruk, dengan anak masing-masing. Binatang sendiri tahu menghargai anak-anak mereka, tapi manusia pula sanggup membuang bayi yang tidak berdosa.

pondok yang menjadi hala tuju kami menampal psoter


moga ada yang diketuk hati mereka menerima hidayah dari Ilahi selepas membaca poster ini.

laut terbentang luas sebagai latar belakang. Bandingan nikmat dari Ilahi buat manusia di atas muka bumi.



di Benteng. KUANTAN...

berserabut minda biarpun pagi itu cukup tenang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, jelas terbayang daripada Benteng

menampal poster...



'apalah nasib tempat menarik seperti ini, menjadi tumpuan buat golongan remaja melampiaskan nafsu sarakah mereka...' aku termenung di tepi Benteng, cuba bertenang dan berdoa moga-moga ada yang beroleh hidayah

sebuah bot nelayan berlalu meninggalkan kocakan air...

Benteng


memasuki Johor, kami disapa dengan pemandangan kelapa sawit di kiri kanan jalan



Tangkak, pekan yang terkenal dengan kain...

Stesen Bas dan Teksi... nasib poster kami yang pasti akan dibuang daripada tempat asalnya. Moga ada yang membaca sebelum dibuang....

dari kiri: akh Nik, aku, akh Hafiz, ukhti Nani bersama dengan anak mereka Harraz

lebih jelas... aku cuba menarik tumpuan Harraz, hehe... tapi gagal, :(

Nasi Briyani Batu Pahat

bersama Dr. Khairussaleh di hadapan Putra Specialist Hospital


dari kiri: aku, Dr. Mazri, En Hud dengan anaknya, akh Fadhli aka Jawe