Monday, December 6, 2010

prelude

Awan-awan hitam masih berarak di angkasa raya. Aku termenung di hadapan laptop. Jari jemari kaku menanti idea-idea dan susunan perkataan buat mengisi intro kepada blog khusus untuk kembara PAPISMA ke seluruh semenanjung yang akan bermula 3 hari lagi. Kesuraman dan kedinginan hari ini meyumbang juga ke arah itu.

Tengkujuh di Terengganu
sememangnya pada bulan ini setiap tahun, Terengganu akan dilanda oleh musim tengkujuh dan hujan kekadang tidak berhenti untuk sekian lama menyumbang kepada banjir. Malahan, media juga menjangkakan Disember tahun ini, banjir besar akan berlaku di negeri-negeri Pantai Timur. Semenjak 1 Disember lalu, hujan silih berganti antara hari-harinya. Ada harinya hujan tidak berhenti turun, dan ada harinya hujan tidak turun langsung. Ia semacam satu petanda bahawa hari-hari mendatang juga keadaan yang sama juga akan berlaku. Pada hari ini, cuaca cerah pagi tadi, malahan ternampak jelas di ufuk timur, matahari bersinar terang. menghampiri tengahari, cuaca kembali suram, sesuram mindaku ini, :) dan hujan rintik-rintik mulai turun, muqaddimah buat hujan yang lebih lebat barangkali.
awan hitam berarak



tanda-tanda awal


Mengapa perlu Mengembara?
Soalan ini kutuju buat diriku beberapa juga. Bahkan, kedua ibu bapaku juga menanyakan yang sama. Kebiasaan nelayan akan beristirehat di rumah, memandang cuaca yang buruk tidak memungkinkan mereka untuk turun ke laut. ya, aku bukan nelayan... Akan tetapi, secara logiknya, orang tidak akan keluar rumah dalam keadaan cuaca buruk dan hujan yang lebat. Pemanduan kereta akan terjejas. Fokus dan konsentrasi semestinya perlu ditingkatkan daripada kebiasaan. Jalan-jalan tar kebiasaannya akan rosak teruk dan digenangi air-air. Aku juga baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya, dan kereta Kelisaku terpaksa dihantar ke bengkel untuk pembaikian. Jadinya, jika dihitung-hitung, lebih baik berada di rumah, dan mengapa perlu menekankan diri pada sesuatu yang ternyata mengambil banyak tenaga, dan masa. Di rumah, lebih selesa, tidak perlu memikirkan wang yang semakin tiada lantaran mengisi minyak untuk suatu perjalanan, tidak perlu juga memikirkan pemanduan yang tinggi stresnya, risiko kemalangan lebih rendah, dan boleh bersenang-senang dan berisitirehat sementara menunggu induksi.

Ianya soal Tanggungjawab
Sebelum bercakap soal tanggungjawab, aku secara peribadi membuat semua ini, menyertai kembara ini, malahan menjadi ketua kepada kembara ini secara sukarela. Mungkin ada faktor tanggungjawab di sana, tapi tanggungjawab sahaja tidak menjamin apa-apa. Soal ikhlas aku pulangkan kembali kepada Allah untuk menilainya tapi aku sangat ingin pada kemenangan Islam, sebagaimana Islam pernah menguasai sepertiga dunia. (http://teho-suam.blogspot.com/2010/11/selepas-sekian-lama.html) Aku menerima taklifan menjayakan program dan kembara ini dengan hati yang terbuka. Mungkin tidak ramai yang akan mengiringiku, tapi cukuplah masa yang sangat lapang ini diisi dengan sebuah kembara yang bermakna.

Masih segar di ingatan, perjumpaan dengan Dr. Awisul, Presiden PAPISMA semasa mula-mula dikhabarkan tentang rancangan kembara ini. Dr Awisul berjumpa dengan kami setelah program bersama PAPISMA menyambut 'freshly graduated doctors' daripada kampus kami ke dalam PAPISMA. Peluang berjumpa dengan doktor-doktor di seluruh semenanjung, menyumbang pada sedikit usaha dakwah kempen 'jauhi zina' dan menyebarluaskan nama PAPISMA adalah suatu yang sangat menarik hati ini. Bahkan, aku sebenarnya sudah bercita-cita mengelilingi semenanjung walaupun tanpa taklifan yang sedemikian. oleh hal yang demikian, kembara ini lebih bermakna jadinya. Disertai pula dengan beberapa orang rakan, menyebabkan pengalaman yang sebegini tak ku lepaskan begitu sahaja. Harapan Dr. Awisul agar kembara ini dijayakan menambah rasa tanggungjawab yang lebih besar pada diri.

Percubaan Kempen Jauhi Zina
lebih kurang 3.30 pagi 5 haribulan yang lalu, aku memberhentikan kereta Myviku di tepi jalan, berhadapan dengan sebuah stesen bas, benar-benar berdepan dengan pasaraya UO, di Ipoh. Ini adalah cubaan menampal poster yang akan kami tampalkan di tempat-tempat strategik di seluruh semenanjung. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kedua-dua poster tersebut tertampal kemas di dinding tempat menunggu bas tersebut. Dengan tertampalnya 3 poster tersebut, makanya kempen jauhi zina PAPISMA sedang berjalan. Moga, ada hati-hati yang tergerak untuk membaca seterusnya menimbulkan keinsafan pada diri.

hentian bas yang menjadi sasaran

akh Nik tekun menampal poster


poster yang siap ditampal

hasilnya...

9 DISEMBER 2010- Kembara akan bermula!

No comments:

Post a Comment