Aku menumpang kereta akh Fadhli menuju ke restoran tersebut. (tak larat nak bawa kereta sendiri selepas pengalaman membawa kereta sebelumnya). Restoran yang menjadi destinasi benar-benar berada berhampiran dengan stesen Petronas, dan sangat dekat dengan kediaman akh. Dalam waktu yang singkat sahaja kami sampai di tempat yang ingin dituju, walaupun mendapat sedikit kesukaran untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan sehinggakan terpaksa meletak kereta di perkarangan stesen Petronas dan berjalan menuju meja di mana Dr Mazri berada.
Cheese Prata Restaurant... sekali dengar atau lihat restoran ni tertanya-tanya: apa jenis makanan la prata ni?.. kelihatan mereka yang hadir sama seolah-olah sudah mengetahui apa sebenarnya prata itu. Mereka yang hadir ialah Dr. Mazri, En Hud dan anaknya. Rupa-rupanya prata itu hanyalah roti canai kosong sahaja, cheese prata bezanya cuma diletakkan keju bersama dengan roti canai tersebut.
Sekitar Perbincangan Bersama
Dr Mazri adalah pengerusi PAPISMA Johor, merupakan seorang 'vascular surgeon' yang terkenal seantero Malaysia. Kedapatan 'vascular surgeon' di Malaysia sangat terhad, jadinya beliau sangat sibuk dengan jadual pembedahan. Pun begitu, masih lagi beliau mampu meluangkan sedikit masa bersama dengan kami. Aku merasa terharu atas kesudian beliau menemui kami malam itu. Di raut mukanya jelas menunjukkan dia seorang yang cukup tenang, suatu kriteria yang seringkali aku lihat pada mana-mana pakar bedah. Ketenangan dalam mengendalikan suasana dalam bilik bedah sangat diperlukan lantaran ia akan membawa kepada kecekapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
PAPISMA Johor membahagikan usrah pada dua kawasan, satu di JB dan satu di Muar. Adanya usrah yang bersifat umum, dengan memanggil mereka yang sama-sama berminat untuk mendalami ilmu Islam yang kebiasaannya dibuat di rumah Dr berjaya menarik minat daripada kenalan yang rapat. Antara yang kukenal bersama dalam program sedemikian adalah Dr. Firdaus yang sama 'batch' denganku dahulu. Pengisian adalah berbentuk umum dan tidak berat, sesuai dengan kapasiti ilmu pendengar. En Hud juga meminta kami untuk mengenalpasti mana-mana rakan kami yang berada dalam senarai 'database' dan cuba untuk membetulkan mana-mana fakta yang tidak benar.
Antara perkara lain yang menarik perhatianku adalah cadangan Dr untuk meminta kebenaran pada pihak berkenaan untuk menayangkan poster di tempat-tempat yang cukup strategik seperti di pusat membeli belah. Beliau kelihatan serius dan meminta beberapa keping poster untuk mengusahakannya menjadi realiti. PAPISMA Johor juga ingin mengusahakan untuk mengedit poster sedia ada supaya lebih terkesan untuk tatapan umum.
Dalam keasyikan berbual-bual, tidak sedar jam sudah melepasi jam 12 tengah malam. Kami bergerak kembali ke tempat penginapan kami di rumah akh Fadhli.
Bersambung hari ketiga kembara...
No comments:
Post a Comment