En Hud, SUK PAPISMA Johor telah menghubungi aku beberapa kali ketika aku berada di Muar. Bateri telefon bimbit yang sedang kritikal ketika itu menyukarkan aku menerima panggilan dan aku terpaksa 'recharge' di rumah ukhti Nani. Setelah dibuka kembali telefon bimbit tersebut, tertera nombor panggilan daripada Johor. Pada mulanya, aku menyangka panggilan itu datang daripada Dr. Khairussaleh makanya panggilan dibuat kepada beliau. Namun, tiada pula dikatakan berkenaan dengan panggilan-panggilan tadi. Segalanya terjawab apabila satu panggilan yang sama dibuat, dan di hujung sebelah sana, en Hud memperkenalkan diri. Pertemuan diatur di rumah Dr Mazri berhampiran Hospital Sultanah Aminah, JB.
Batu Pahat-JB
Kereta-kereta kelihatan bersimpang siur di jalanan menuju dan daripada JB. Gaya pemanduan yang laju orang-orang di sini memerlukan aku memberikan fokus yang lebih dek kerana terpaksa memandu laju juga. Tahap stres yang sedemikian menyebabkan aku melenting dan melepaskan rasa tidak puas hati pada akh Nik. Semacam ada sahaja perkara yang tidak kena. Syaitan juga cukup bijak meniupkan api kemarahan dalam diri di saat tenang lebih baik semestinya. Hati ini tertanya-tanya bilakah akan memasuki lebuh raya kerana semenjak daripada Batu Pahat lagi, tanda menuju lebuh raya terus tertera di sepanjang perjalanan menuju ke JB. Aku merasakan telah mengikuti jalan yang lain, dan hati ini kembali bergolak memikirkan janji yang telah termeterai dengan en Hud sebentar tadi. Menghampiri lebuh raya, aku menelefon en Hud kembali, meminta panduan jalan ke destinasi.
Percanggahan Maklumat
akh Fadhli, yang lebih dikenali dengan panggilan Jawe di kalangan kami di kampus, memberikan panduan ke Pasir Gudang manakala En Hud membri panduan menuju Danga Bay. Aku mulai meragui ke mana destinasi kami sebenarnya. Perancangannya akan menginap di rumah sewa akh Fadhli, jadinya konfirmasi diminta daripada akh di mana lokasi tempat bekerja. Sangkaku Hospital Sultanah Aminah, rupa-rupanya Hospital Sultan Ismail yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu. Maka, sekali lagi panggilan dibuat kepada en Hud memaklumkan hal yang sedemikian, dan pertemuan diatur di Pasir Gudang, berdekatan dengan tempat kami bakal menginap.
Akh Fadhli
Kami adalah satu 'batch' sewaktu di kampus dahulu. Namun, kerana aku terpaksa mengulang beberapa kali, menyebabkan aku terlewat bergelar doktor berbanding akh. Akh dikenali sebagai seorang yang periang, dan kehidupannya adalah 'simple'. Kami menunggu akh di Hospital Sultan Ismail bermula jam 10.00mlm, dan beberapa minit kemudiannya, akh tiba dengan kereta 'Honda City'nya yang baru. Kami dibawa ke rumah sewanya, dan berehat seketika sementara menanti panggilan en Hud untuk menyatakan tempat pertemuan. Tidak kusangka, beberapa orang di rumahnya adalah kenalanku sewaktu di kampus UM, antaranya Hashim dan Fadzli (Giant), dan tidak dilupai Saiful (Epoi) RCMP. Memasuki rumah mereka, ternyata tanda-tanda 'bujang' cukup jelas, hehe.
Beberapa minit kemudian, panggilan daripada En Hud menyatakan untuk berjumpa di Cheese Prata Restaurant yang berhampiran.
bersambung....
No comments:
Post a Comment