rancangan asalnya untuk menampal poster pada malam sebelum bertolak ke Johor terpaksa ditunda ke pagi hari kedua. Tidur yang cukup di rumah sahabat-sahabat UIA membantu mengisi kembali energi yang diperlukan untuk ekspedisi seterusnya. Seusai sarapan di rumah Dr. Fadzli Yazid, kami berpisah daripada sahabat-sahabat UIA menuju ke Teluk Chempedak.
Teluk Chempedak dan Benteng
Pokok-pokok rhu rendang melambai-lambai ditiup badai pantai yang bertiup agak sederhana pagi itu. Ketibaan seawal 8pagi memungkinkan kami tidak dikenakan bayaran tempat meletak kenderaan. Kelihatan beberapa biji kereta pengunjung pantai diletakkan berhampiran restoran McD. Ramai juga yang bersarapan di sana. Budaya masyarakat kita yang lebih terarah pada budaya barat, sehingga pemakanan yang kurang seimbang juga menjadi ikutan. Maka, tidak hairan sekiranya statistik kanak-kanak obese terus meningkat dari tahun ke tahun, menjadi masalah baru pada Kementerian Kesihatan.
Kelihatan beberapa orang pengunjung kaum Cina sedang mandi-manda di tepi pantai. Nun jauh di sana, batu batan tersusun rapi dan gah menanti pengunjung untuk menatapi betapa hebatnya ciptaan Allah. ditambah dengan ombak pantai, ternyata menarik minat pengguna kamera SLR. Ada juga beberapa orang yang datang dengan kamera SLR mereka dan mengambil gambar pemandangan pagi di pantai Teluk Chempedak. Aku dan Nik tidak ketinggalan menikmati pemandangan nan cantik itu. Biarpun terdapat banyak pantai-pantai cantik di pantai timur, tapi ianya tidak menghalang kami menghargai anugerah daripada Allah ini.
Kemudiannya kami bertolak ke destinasi seterusnya yang berada benar-benar di arah perjalanan kami ke Johor. Menjejak kaki sahaja di Benteng, aku sedar mengapa tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan. Kononnya, mencari tempat yang romantik namun hakikatnya itulah suasana paling ditunggu oleh 'pihak ketiga' untuk menggoda mereka melakukan perkara terkutuk. Mindaku berserabut memikirkan itu semua, walaupun di hadapan mata, pagi di pesisiran sungai Kuantan sangat tenang dan sepi dengan kehadiran hanya beberapa orang pengunjung sahaja.
Sayang sekali pantai secantik Teluk Chempedak dan pemandangan tepi sungai itu sering 'dikotori' oleh golongan remaja dengan aktiviti tidak bermoral mereka. Terlalu banyak cerita dan khabar yang kami dapati berkenaan dengan Teluk Chempedak dan Benteng berkenaan kebejatan moral mereka. Oleh sebab itu, kami bertekad mencari beberapa tempat di kedua-dua destinasi tersebut untuk mengingatkan mereka supaya menjauhi zina.
Setelah selesai tugas di Benteng, tepat jam 9.15 pagi kami bertolak ke Johor Darul Takzim. Satu halangan menanti kami di sana...
bersambung...
No comments:
Post a Comment