Tuesday, February 15, 2011

Hari Keempat Kembara: Meninggalkan Melaka, menuju Seremban

Selepas puas mengelilingi sekitar bandar Melaka, akh Asyraf mengajak kami untuk makan di Food Court berhampiran, tak ingat nama tempatnya apa... tapi setelah berfikir-fikir untuk makan di mana, kami hanya singgah di A & W dan menjamu selera di sana. Kali ini, aku mengambil kesempatan untuk membayar kos makanan kami. Aku juga sudah lama tidak menjamah makanan 'western', makanya banyak juga 'side dishes' yang aku pesan, antaranya adalah wafer. Ianya tidak mengecewakan selepas sekian lama tidak menjamah makanan yang sedemikian. Sekali sekala merasa makanan segera tidaklah salah. Cuma, yang terbukti membantu Yahudi mestilah dijauhkan. Aku sampai ke saat dan waktu ini tidak lagi menjamah makanan McDonald biarpun sewaktu masa dahulu, itu adalah tempat yang aku sering kunjungi dan lepak-lepak. Tapi, setelah mengerti makna di sebalik boikot syarikat yang menyokong perjuangan Yahudi, aku meminimumkan penggunaan dan pembelian produk-produk.

boikot mereka yang menyokong Yahudi!
Seterusnya, setelah lama di A & W, kami kembali menuju ke Hospital Melaka, tempat di mana aku meletakkan kenderaanku. Kami mengerjakan solat maghrib dijamakkan dengan Isya' sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban, Dr. Haikal menanti kami di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kami mengambil lebuh raya untuk ke sana, memandangkan keperluan kami untuk berhenti di hentian R & R untuk menampal kalendar PAPISMA. Tiadalah kami melupakan tanggungjawab yang dipikulkan ke bahu kami, biarpun mungkin dilihat remeh oleh orang lain. Sekitar jam 10.00malam kami tiba di Hospital Tuanku Jaafar setelah sesat seketika untuk mencari arah. Adanya GPS tidak membantu, dek kerana ada jalan-jalan yang baru hendak dibina.

Hospital Tuanku Jaafar terletak nun di atas bukit, kami perlu mendaki bukit sebelum tiba di hospital berkenaan. Aku meletakkan kenderaan di tempat awam, sebelum bergegas ke Jabatan Kecemasan, dan menelefon Dr Haikal memaklumkan ketibaan kami. Aku mengambil kesempatan mengunjungi surau hospital untuk menunaikan solat sunat, dan mengambil kesempatan meletakkan satu kalendar PAPISMA di sana.

Aku masih menunggu-nunggu kelibat Dr Haikal. Aku berpandangan dirinya sebagai seorang doktor senior, tetapi ternyata andaianku itu silap sama sekali. Susuk tubuhnya dan raut wajahnya menampakkan dirinya sebagai seorang doktor muda. Dan ternyata, bila ditanyai lebih lanjut berkenaan dengan dirinya, Dr. Haikal adalah sama umurnya dengaku, malahan masih seorang HO! Aku berjabat tangan dengannya, dan selepas meminta izin untuk mengeluarkan duit daripada ATM berdekatan, dia mengajak aku dan akh Nik untuk keluar makan sementara tiada kerja baginya di hospital.

bersambung...

2 comments:

  1. salam saudara.sy irwan, tujuan sy nk tanye sal kawan saudara, asyraf ezani kn?kalo x silap die tu kawan lame sy yg da lame sy cari..kalo saya silap, dia mungkin penah tinggal kat daerah setiu, trg suatu msa dulu.jika saudara t'baca komen nie, boleh tolong smpai msj ni kpd dye..contact sy 0199751970. tQ.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah sy akan sampaikan pesanan saudara padanya.

    ReplyDelete